Program
Galakan Membaca -
PROGRAM NILAM |
|
| |
Pengenalan |
NILAM
(Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan
satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang
penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.
ke atas
|
| Matlamat |
Membina
tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.
ke atas
|
| Objektif
|
*
Menjadikan murid banyak membaca.
* Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif
bagi menyemai tabiat membaca.
ke atas
|
Tiga Elemen Program NILAM
|
*
Rekod Membaca
Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod
Membaca NILAM.
* Pengesahan Pembacaan
Guru Kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
* Pengiktirafan
Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku
yang dibaca.
ke atas
|
| Model |
| 
ke atas
|
Tahap
Pencapaian Program NILAM |
* Tahap Jauhari
* Tahap Rakan Pembaca (RP)
Tahap Jauhari
Membina
kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Semua
pelajar diwajibkan mengikuti galakan membaca tahap Jauhari.
1. Sekolah Rendah
Pelajar mengikuti aktiviti galakan membaca sebaik sahaja mereka
menguasai kemahiran asas (pertengahan Tahun Satu).
Jumlah Bacaan Buku Pengiktirafan
90 - 179 Gangsa
180 - 269 Perak
270 - 359 Emas
360 ke atas NILAM
2. Sekolah Menengah
Jumlah Bacaan Buku Pengiktirafan
72 - 143 Gangsa
144 - 215 Perak
216 - 287 Emas
288 ke atas NILAM
Tahap Rakan Pembaca (RP)
*
Setelah membaca 100 buah buku, pelajar layak memasuki Tahap
Rakan Pembaca.
* Pelajar mendapat bimbingan daripada guru (fasilitator).
* Pelajar menjalankan aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara
buku bersama, rakan, keluarga dan jiran.
SISTEM GANJARAN RAKAN PEMBACA
Markah Pengiktirafan
100 - 199 Gangsa
200 - 299 Perak
300 - 399 Emas
400 ke atas NILAM
ke
atas
|
Pengiktirafan |
Tahunan
* Buku Rekod Kemajuan
* Kad Kumulatif
Keseluruhan
* Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah
* Sijil Berhenti Sekolah
* Surat Akuan Sekolah
Murid
yang berjaya menamatkan program NILAM berkeistimewaan untuk
pemilihan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas
Ekspres, Penajaan Biasiswa dan Institut Pengajian Tinggi.
ke
atas
|
|
Cadangan Aktiviti NILAM
|
*
Program Iqra'
* Membaca Bersama
* Ceramah Buku
* Pertandingan Bercerita
* Khemah Membaca
* Pameran Buku
* Teater Membaca
Masa
yang disarankan untuk Program NILAM
* Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran
bahasa.
* Masa Khas - contoh 10 minit sebelum waktu sekolah bermula
dan waktu rehat.
* Waktu untuk aktiviti perpustakaan.
* Menggunakan waktu senggang untuk membaca.
ke atas
|
Sumber
Bahan Bacaan |
*
Perpustakaan Sekolah
* Perpustakaan Awam
* Perpustakaan Keluarga
* Sudut Bacaan di Masjid
* Perpustakaan FELDA
* Perpustakaan KEMAS
ke atas
|