Akan
di tambah dari masa ke semasa / ini adalah usaha yang berterusan.
| Pasukan
Konfigurasi Kelompok PKG |
|
Perancangan
2007, pihak PKG Seri Ampang mengambil inisiatif menubuhkan satu pasukan
yang di panggil Pasukan Konfigurasi Rangkaian Kelompok PKG Seri
Ampang yang mana objektif penubuhannya bagi membantu sekolah
yang mempunyai Makmal Pengkomputeraan, segala masalah mengenai rangkaian,
peralatan ICT cuba/boleh diselesaikan di peringkat sekolah atau kelompok
sahaja supaya proses penggunaan peralatan ICT yang dibekalkan tidak
terbantut/tergendala.
Sebagai
usaha sulung PKG akan menganjurkan bengkel Managing Your Wireless Network
pada awal bulan Februari 2007 bagi memastikan penggunaan talian Schoolnet
yang dibekalkan dapat di manafaatkan oleh warga sekolah.
| Pasukan
Pembina Modul P&P |
|
Satu
pasukan Pembina Modul P&P akan diwujudkan bermula dari mengenalpasti
topik / subtopik subjek, Pasukan Pembangun/Teknikal, Pasukan Content
dan Pasukan Kawal Mutu akan diwujudkan bagi memastikan modul yang dibina
betul-betul bermutu. Pihak PKG juga telah mengenalpasti beberapa individu
yang telah menawarkan diri dalam setiap pasukan tersebut.